Quantcast
Channel: PREMIUM BEAUTIFUL AGENT: QUEENPINK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1650

SUP IKAN GEARBOX

$
0
0
Campuran sup kepala ikan dan sup gearbox mungkin kedengaran agak janggal, namun kombinasi itu menjadikan ramai yang ketagih untuk menikmati­nya untuk kali kedua.
Isi ikan dan daging yang lembut ditambah sup yang mengandungi campuran perencah sup rahsia keluarga amat menyelerakan jika dimakan bersama nasi putih.
Itulah keunikan Restoran Sup Pak Mat Pulau Pisang yang terletak menghala jalan ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) ini.

Pemiliknya, Nik Mohamad Mohd Noor, 51, atau mesra dengan panggilan Pok Mat berkata, dia mewarisi resipi unik ini daripada arwah ibunya, Nik Zainab Nik Mud.


FotoFotoFoto

Dia juga menjaga keenakan hidangan dengan menggunakan ikan segar dan mengehadkan 10 ikan sehari untuk hidangan itu.

“Ini kerana kita nak jaga kualiti bagi mengelak ikan berbau hanyir dalam campuran sup. Justeru, kita perlu kukus ikan dalam tempoh enam minit sebanyak tiga kali,” katanya.

Tourism Kelantan turut menjadikan sup itu bagi Tahun Melawat Kelantan 2012.

Pok Mat berkata, ikan dikukus mengikut tempoh tiga minit bagi kali pertama, diikuti kukusan selama seminit dan akhir sekali selama dua minit bagi me­ngelak isi ikan hancur.

Bagi jenis ikan, Pok Mat berkata, kebiasaannya jenis ikan yang digunakan ialah ikan merah, senangin dan siakap putih.

Pok Mat yang berpengalaman lebih 30 tahun juga memasak sendiri masakan di restoran berkenaan de­ngan bantuan isteri, Rosnani Ismail, 47, supaya pelang­gan menikmati hidangan terbaik.

Restoran itu juga terkenal dengan minuman teh tarik madu ais yang cukup menyegarkan sehingga dihidangkan sebanyak 200 gelas setiap hari.

Campuran teh ais dan madu lebah asli dengan buih yang melimpah keluar daripada gelas seakan-akan rasa nikmat yang seronok untuk dinikmati pelanggan, apatah lagi rasanya yang kaya de­ngan kemanisan tersendiri.

“Kebanyakan pelanggan pula memesan lebih daripada segelas kerana rasanya sa­ngat sedap,” katanya.

Dibantu 15 pekerja, bapa kepada lima anak berusia antara 14 hingga 22 tahun itu menjalankan perniagaan setiap hari bermula jam 7.30 pagi hingga 4 petang.

Selain kedua-dua hida­ngan itu, restoran ini turut menawarkan lebih 30 masakan lain dengan harga berpatutan.

Antara pemimpin dan selebriti popular yang pernah berkunjung ke sini ialah mantan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, keluarga kerabat diraja Kelantan, Lisa Surihani, Yusry KRU, Fizo Omar dan isteri, Mawar dan pemain The Red Warriors (TRW).

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1650

Latest Images

Trending Articles


“Mr bolero banat lines”


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


INUMAN QUOTES


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.6.0 by Vimeo.com, Inc.


Doodle Jump 3.11.34 by Lima Sky LLC


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Sapos para colorear


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog God Quotes to inspire you


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.5.2 by Vimeo Inc


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.6.1 by Vimeo.com, Inc.


RE: Mutton Pies (frankie241)


FORTUITOUS EVENT



Latest Images