Quantcast
Channel: PREMIUM BEAUTIFUL AGENT: QUEENPINK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1650

HOTEL PAIP

$
0
0
Anda sukakan suasana  kampung yang jauh dari hiruk pikuk bandar dan dalam masa yang sama inginkan satu pengalaman penginapan yang unik? Ya, pengalaman ini boleh didapati di Malaysia apabila sebuah tempat penginapan di buka di Sungai Lembing, Pahang iaitu Time Capsule Retreat. Hotel ini boleh dikatakan agak sama dengan konsep TubeHotel di Mexico di mana menggunakan konsep bilik hotel yang diperbuat daripada paip pembentung untuk menarik pelancong menginap di hotel mereka.

Di Time Capsule Retreat, mereka mempunyai lapan paip pembetung konkrit yang dipanggil bilik kapsul dengan saiz 7 kaki x 10 kaki dan juga tujuh bilik kotej yang boleh memuatkan seramai 40 orang pada satu-satu masa bagi yang inginkan penginapan yang lebih romantis. Setiap bilik kapsul disediakan katil bersaiz Queen, lampu , soket, penghawa dingin dan pemandangan yang amat indah. Ia sesuai bagi pencinta alam sekitar dan mereka yang ingin menenangkan fikiran.
Time Capsule Retreat-3
Time Capsule Retreat-10
Time Capsule Retreat-2
Aktiviti Menarik
Terdapat pelbagai aktiviti menarik termasuklah  kenderaan ATV, air terjun, Jungle Trekking, Muzium Perlombongan, aktiviti merentasi sungai yang jernih yang boleh dirancang mengikut masa anda sendiri. Terdapat juga aktiviti BBQ di sini yang mengenakan caj sebanyak RM26 seorang.
Time Capsule Retreat-4
sungai-lembing-2
sungai-lembing-3
atv-time-capsule-retreat
Lokasi
EB4 Belakang Sek Men Sg. Lembing, Pahang. ( GPS : 3.912269, 103.034780 )
Harga
Time Capsule Retreat ini mengenakan caj yang berpatutan di rumah rehat mereka dengan harga di bawah RM200 untuk semalam. Di rumah kotej, terdapat dua jenis bilik iaitu bilik Standard untuk dua orang yang berharga RM118. Bilik Superior pula boleh memuatkan empat orang pengunjung dengan tawaran harga RM198. Caj RM30 pula dikenakan bagi setiap katil tambahan yang digunakan. 
Anda boleh layari https://www.facebook.com/timecapsuleretreat untuk maklumat lanjut. Hubungi 013 – 963 8888  ( Miss Tan ) atau emel timecapsuleretreat@gmail.com.
Jom tengok pemandangan menarik di hotel ini! Pasti anda kagum!
Time Capsule Retreat-6
Time Capsule Retreat-9
Time Capsule Retreat-7
Time Capsule Retreat-8Time Capsule Retreat-13Time Capsule Retreat-11
Time Capsule Retreat-14


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1650

Trending Articles


Love Quotes Tagalog


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Two timer Sad tagalog Love quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


The business quotes | Inspirational and Motivational Quotes for you


5 Tagalog Relationship Rules


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE