Quantcast
Channel: PREMIUM BEAUTIFUL AGENT: QUEENPINK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1650

WARNA INSIPIRASI TAHUN 2013

$
0
0


Jika pada tahun lalu 2012 warna tangerine atau oren terang yang memberi rangsangan tenaga yang kita perlu untuk memberi semangat kepada kita semula untuk bergerak maju ke hadapan menjadi pilihan.

Namun pada tahun 2013 pula, syarikat Pantone syarikat yang terkenal dengan Pantone Matching System (PMS) atau Sistem Pemadanan Pantone bagi ruang warna proprietary yang digunakan dalam pelbagai industri terutamanya percetakan dan juga pembuatan cat berwarna, kain dan plastik telah memilih warna hijau zamrud. Warna hijau ini dikatakan boleh menggalakkan keseimbangan dan harmoni serta inspirasi seseorang.

Warna hijau zamrud sinonim dengan batu permata yang membawa maksud kecemerlangan dan kemewahan. Seindah batu permata itu sendiri telah menjadi lambang kemakmuran, pembaharuan juga dari aspek kecantikan dan warna hijau juga mewakili perpaduan dan penyembuhan.

Sudah tentunya pada tahun ini ramai pereka fesyen memilih warna ini dalam rekaan busana mereka. Warna hijau zamrud ini mampu membuat si pemakai nampak anggun, elegan dan menarik. Malah memberi gaya yang lebih klasik.

Warna ini akan mendapat perhatian di acara-acara tertentu terutamanya acara karpet merah. Pereka fesyen seperti Tracy Reese, Nanette Lepore, Barbara Tfank dan Marimekko telah menggabungkan warna hijau zamrud ini ke dalam koleksi musim bunga mereka kelak. Jadi, tunggu sahaja koleksi ini muncul dengan gabungan warna hijau zamrud!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1650

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Girasoles para colorear


Love Quotes Tagalog


EASY COME, EASY GO


5 Tagalog Relationship Rules


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Presence Quotes – Positive Quotes


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Tropa Quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!