Quantcast
Channel: PREMIUM BEAUTIFUL AGENT: QUEENPINK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1650

PILIH MAKANAN MELALUI CLOUD

$
0
0
Bayangkan anda mema­suki sebuah restoran, duduk di meja dan memesan makanan tanpa perlu me­nunggu pelayan datang atau beratur di kaunter.
Ditambah pula, anda akan dimaklumkan proses penyediaan makanan jadi tidak perlu risau atau takut chef terlupa menyediakan masakan atau pesanan anda tidak sampai.
Itu idea yang cuba disampaikan syarikat inovasi tempatan, Terato Tech Sdn Bhd (Terato) yang menghasilkan sistem ‘point of sale’ (POS) moden berasaskan perkomputeran ‘cloud’ sepenuhnya dinamakan Slurp.

Ketua Bahagian Enterprisnya, Zara Aida Razali berkata, syarikatnya me­nyasarkan 100 restoran meng­guna pakai sistem POS berasaskan cloud terbabit yang hanya memerlukan pelanggan mereka memindah turun aplikasi secara percuma.


Foto

ZARA menunjukkan sistem POS yang ringkas dan mudah diguna.

“Aplikasi terbabit juga membolehkan pelanggan melihat restoran berdaftar dengan Slurp yang berada di sekitar mereka,” katanya.

Beliau berkata, konsep baru ini juga tidak memerlukan pelayan yang ramai untuk mengambil pesanan dan pekerja restoran atau kafe boleh menumpukan usaha menyediakan makanan.

Sementara itu, Ketua Slurp, Calvin Tam optimis mampu memberikan kelainan kepada peniaga tempatan mencatatkan pertumbuhan jualan melalui penggunaan sistem peruncitan digital yang disepadukan dengan sistem POS.

Tam berkata, trend peng­gunaan telefon pintar yang kian meningkat dilihat mampu membantu industri makanan dan minuman (F&B) di negara ini mencapai pertumbuhan itu.

“Apa yang perlu dilakukan hanya memilih platform yang berkesan secara berterusan tanpa perlu melabur pada perkakasan dan perisian teknologi maklumat yang meluas.

“Integrasi antara sistem POS dan aplikasi mudah alih dijangka dapat
membantu syarikat dalam menarik, mendekati dan mengekalkan pelanggan sedia ada serta baru dalam pelbagai pering­kat umur,” katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1650

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Love Quotes Tagalog


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.